Monday 18 April 2011

URIN TEST

syukur alhamdulillah kerana seramai 37 orang pelajar yang diuji pagi tadi, tiada seorang pon yang diuji positif dari sebarang bentuk yang meragukan...saya cukup yakin dan percaya pelajar-pelajar saya tidak akan mengambil sebarang bentuk 'dadah' yang sememangnya HARAM disisi ISLAM kerana merosakkan tubuh badan luaran dan dalaman...

ingatlah!!! dadah itu hanya akan merosakkan dan bukannya boleh melepaskan segala tekanan yang ada di dalam diri anda..jauhinya dan sekali-kali jangan mencubanya kerana bukan mudah untuk mengubat dan merawatinya...jika anda sudah terlibat, dari pada temuramah yang pernah saya jalankan dengan mereka yang pernah melaluinya, memang sangat sukar dan perit untuk kita membuang tabiat ketagihan walaupun pelbagai cara yang telah dilalui...

tiada siapa yang lebih menyayangi diri anda selain dari diri ANDA sendiri...

No comments:

Post a Comment