Friday 15 April 2011

HOMESTAY

tinggalkan kesibukan dan hiruk pikuk bandaraya kosmolitan mega kuala lumpur dengan menikmati suasana nyaman budaya perkampungan sejati...bukan setakat hanya semasa suasana meraikan perayaan aidilfitri mahupun aidiladha..

seramai 44 orang pelajar bersama dengan Pn Sarimah Bt Che Ahmad dan En. Abdul Hakim b Mamat akan bertolak ke Homestay Kg Hj Sungai Durani, Kuala Selangor esok...minta maaf saya tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan...di samping dapat menikmati panorama dan keindahan suasana budaya masyarakat melayu di kampung seperti memancing ikan, menanam padi sawah, main layang-layang dan mempelajari teknik mencanting batik yang sukar diperolehi di bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur, para peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai aktiviti motivasi oleh fasilitator terlatih...apa yang pasti peserta akan turut bersama-sama dengan dengan keluarga angkat selama 2 hari 1 malam yang akan menguruskan makan minum peserta...

semoga program homestay ini akan banyak memberi banyak manfaat kepada semua peserta yang terlibat... 1 sahaja pesanan dari pihak UBK, jagalah peribadi anda, jaga nama baik sekolah dengan percakapan dan tingkahlaku sepanjang berada di sana terutama ketika bersama keluarga angkat...pihak UBK cukup yakin dan percaya semua peserta akan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan..walaupun padat dengan pelbagai program yang dirancang, semuanya menjanjikan suatu kelainan bagi warga bandaraya seperti anda...

semoga selamat pergi ke destinasi dan selamat pulang ke rumah masing-masing...kongsikan segala pengalaman manis ketika berada disana dengan keluarga dan rakan taulan...tinggalkan kenangan pahit disana untuk dijadikan pengajaran berguna pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment