Sunday 24 April 2011

SOKONGAN PADU

esok pagi bertempat di SM Teknik Setapak akan berlangsung pertandingan suku akhir bola sepak bawah 18 tahun  peringkat zon keramat..SMK WM 2 akan menentang pasukan handalan bestatus sekolah sukan negeri, SSN Seri Titiwangsa...marilah kita bersama memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan sekolah untuk mencipta kejutan terbesar melakar sejarah tersendiri...insyaallah...berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain yang tidak mengenal erti kekalahan dan kekecewaan, pastinya tuah akan berpihak kepada pasukan sekolah kali ini...

terus kibarkan bendera SMK WM 2 yang gagah perkasa itue dimana anda berada sekalipun...

Friday 22 April 2011

TOLONGLAH...

berita yang kurang enak untuk di dengar...terpaksa bersaing dengan SMK DTHO dalam meminjam peralatan PA sistem dari  Jab. Penerangan untuk Karnival PPDa Zon Keramat di SMK Sek 5 WM...SMK WM2 meminjam untuk Pertandingan Nasyid manakala SMK DTHO meminjam untuk Pertandingan Dikir Barat...amat berharap kedua-dua pihak sekolah dapat berbincang supaya dapat satu jalan penyelesaian terbaik...amat berharap pihak sekolah akan dipilih kerana berdasarkan rekod peminjaman, pihak sekolah merupakan pihak pertama yang mengemukakan borang permohonan...tetapi terpulanglah pihak Jab. Penerangan untuk memilih siapa yang berhak...

daripada perbincangan dengan pihak DBKL, mereka juga tidak dapat menyediakan peralalatan PA sistem untuk tujuan tersebut...langkah penyelesaian terbaik untuk salah satu pihak adalah meminjam dari pihak swasta...tetapi  ianya memerlukan peruntukan kewangan dari pihak berwajib...

moga penyelesaian terbaik dapat diperolehi untuk membolehkan perjalanan karnival tersebut dapat berjalan lancar seperti yang dirancang...insyaallah

PANAS!!!!!

TERKINI dari SM Teknik Setapak...SMK Wangsa Maju Seksyen 2 mencipta sejarah tersendiri  apabila BERJAYA memasuki peringkat suku akhir pertandingan Bola Sepak Bawah 18 tahun setelah sudah sekian lama hanya terkandas pada peringkat kumpulan sahaja..syabas dan tahniah...undian peringkat suku akhir akan berlansung hari ini di SM Teknik Setapak...doa dan sokongan dari semua pelajar ditagih agar kemaraan bola sepak dapat diteruskan sehingga ke peringkat akhir... INSYAALLAH...

KARNIVAL AKADEMIK & MINGGU PPDa

cukup meriah...sekolah bagaikan dilanda satu pesta keramaian...pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, ceramah, pameran, kuiz dan seumpamnya dari semua panitia, PSS, Unit PPDa dan juga UBK...semuanya diadakan dengan cukup teliti oleh pihak pengurusan...hasilnya setiap pertandingan telah mendapat penyertaan yang cukup memberangsangkan sehingga guru terpaksa menghadkan penyertaan pelajar...alhamdulillah...

untuk hari ini sahaja pertandingan menghias kek dan menyanyi dalam bahasa inggeris mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua pelajar...pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru tidak henti-henti mengunjungi tapak pertandingan...

yang pastinya hadiah yang cukup lumayan akan diberikan kepada pelajar yang memenangi setiap pertandingan tersebut...

ceriakan diri anda dengan pembelajaran diluar bilik darjah...

Wednesday 20 April 2011

KERJA KURSUS

selelah banyak menerima aduan dari guru-guru matapelajaran, pihak UBK amat berharap agar semua pelajar T3 dan T5 supaya percepatkan lagi menyiapkan lagi semua kerja-kerja kursus yang tertangguh...memang betul 'kokorikulum' itu penting, tetapi anda semua harus ingat kerja kursus yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, kerugian amat besar akan bakal ditanggung...jika anda boleh menghadiri setiap petang untuk menyiapkan kerja kursus, tidak mustahil kerja kursus itu boleh disiapkan sebelum tempoh yang ditetapkan...tidak kesiankah anda melihat guru-guru yang sanggup pulang lewat petang bertungkus lumus bersama-sama membantu menyiapkan kerja kursus tetapi anda masih lagi lagi bermain-main dan  tiada fokus untuk menyiapkan kerja kursus yang telah lama diberikan...fikirkan...

cuba anda bayangkan sejenak, apa akan terjadi jika kokorikulum anda cemerlang tetapi akademik 'bermasalah'...harus diingat syarat kemasukan ke SBP dan IPTA merangkumi merangkumi 90% bagi akademik (kurikulum) manakala kokorikulum 10%..syarat kemasukan ini harus anda teliti betul-betul..

masa akan terus berlalu dan terus berlalu..masa tidak akan menunggu kita...makin lama kita bertangguh, anda akan merasai masa itu lebih cepat berlalu...

ibu bapa anda pasti akan gembira dan tersenyum lebar jika satu hari nanti anda pulang dengan keputusan yang cemerlang dari aspek akademik dan kokorikulum...

jangan biarkan masa menghimpit anda lagi....fikir dan renungkan bersama-sama

KARNINAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA ZON KERAMAT 2011

syukur alhamdulillah setelah dua hari bekersama dan berganding mahu, hasilnya majlis penutupan rasmi Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Keramat berjalan seperti yang dirancang...sistem siaraya yang di pertanggungjawabkan kepada saya dan dua lagi sababat pada hari ini amat memuaskan hati..lega rasanya bila Timbalan Pengarah dan GPK Kokorikulum SMK Seri Ampang memuji sistem bunyi kerana selalunya bermasalah semasa mana-mana majlis berlangsung...alhamdullillah semuanya berkat doa dari semua pihak terutamanya rakan-rakan dan pelajar-pelajar SMK Seri Ampang (crew pa sistem) yang banyak bertungkus lumus...

kepada sekolah rendah dan menengah zon keramat yang menang pada hari ini, tingkatkan usaha untuk pertandingan peringkat negeri pada awal bulan mei nanti...kepada yang kurang bernasib baik, anda juga pemenang dikalangan pemenang...usaha dengan lebih giat lagi pada tahun hadapan...


untuk peringkat negeri,,, sekali lagi saya diamanahkan untuk mengetuai AJK PA sistem...doakan saya sekali lagi agar majlis tersebut berlangsung dengan lebih sempurna dari hari ini...insyaallah...

jumpa lagi di SK Taman Melati pada 4-5 mei 2011...ZON KERAMAT tetap keramat

Monday 18 April 2011

URIN TEST

syukur alhamdulillah kerana seramai 37 orang pelajar yang diuji pagi tadi, tiada seorang pon yang diuji positif dari sebarang bentuk yang meragukan...saya cukup yakin dan percaya pelajar-pelajar saya tidak akan mengambil sebarang bentuk 'dadah' yang sememangnya HARAM disisi ISLAM kerana merosakkan tubuh badan luaran dan dalaman...

ingatlah!!! dadah itu hanya akan merosakkan dan bukannya boleh melepaskan segala tekanan yang ada di dalam diri anda..jauhinya dan sekali-kali jangan mencubanya kerana bukan mudah untuk mengubat dan merawatinya...jika anda sudah terlibat, dari pada temuramah yang pernah saya jalankan dengan mereka yang pernah melaluinya, memang sangat sukar dan perit untuk kita membuang tabiat ketagihan walaupun pelbagai cara yang telah dilalui...

tiada siapa yang lebih menyayangi diri anda selain dari diri ANDA sendiri...

Sunday 17 April 2011

KEJUTAN

semua pelajar SMK Wangsa Maju Sek 2, tunggu kejutan program terkini hari isnin ini....

Friday 15 April 2011

HOMESTAY

tinggalkan kesibukan dan hiruk pikuk bandaraya kosmolitan mega kuala lumpur dengan menikmati suasana nyaman budaya perkampungan sejati...bukan setakat hanya semasa suasana meraikan perayaan aidilfitri mahupun aidiladha..

seramai 44 orang pelajar bersama dengan Pn Sarimah Bt Che Ahmad dan En. Abdul Hakim b Mamat akan bertolak ke Homestay Kg Hj Sungai Durani, Kuala Selangor esok...minta maaf saya tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan...di samping dapat menikmati panorama dan keindahan suasana budaya masyarakat melayu di kampung seperti memancing ikan, menanam padi sawah, main layang-layang dan mempelajari teknik mencanting batik yang sukar diperolehi di bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur, para peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai aktiviti motivasi oleh fasilitator terlatih...apa yang pasti peserta akan turut bersama-sama dengan dengan keluarga angkat selama 2 hari 1 malam yang akan menguruskan makan minum peserta...

semoga program homestay ini akan banyak memberi banyak manfaat kepada semua peserta yang terlibat... 1 sahaja pesanan dari pihak UBK, jagalah peribadi anda, jaga nama baik sekolah dengan percakapan dan tingkahlaku sepanjang berada di sana terutama ketika bersama keluarga angkat...pihak UBK cukup yakin dan percaya semua peserta akan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan..walaupun padat dengan pelbagai program yang dirancang, semuanya menjanjikan suatu kelainan bagi warga bandaraya seperti anda...

semoga selamat pergi ke destinasi dan selamat pulang ke rumah masing-masing...kongsikan segala pengalaman manis ketika berada disana dengan keluarga dan rakan taulan...tinggalkan kenangan pahit disana untuk dijadikan pengajaran berguna pada masa akan datang...

Wednesday 13 April 2011

SYABAS!!!!!!

sekalung jutaan syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMK Wangsa Maju Sek 2 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di dalam bidang kokorikulum...kepada pasukan olahraga, bola baling, bola tampar dan sepak takraw, kerja keras anda selama ini telah membuahkan hasil yang lumayan...

kepada pasukan yang bakal bertanding kuatkan semangat, tabahkan hati, kuatkan mental dan fizikal dan perkemaskan permainan agar musuh yang bakal ditentang kemudian mudah ditakluki...

kepada yang berjaya, ini baru peringkat zon...belatih dengan lebih gigih lagi untuk peringkat negeri kerana cabaran yang akan datang lebih kuat dan mencabar...

kecemerlangan kokorikulum pemangkin kehebatan anda di medan kurikulum...

semoga berjaya!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 12 April 2011

MATRIKULASI

kepada semua bekas pelajar dan pelajar tingkatan 5 tahun ini boleh layari portal kolej matrikulasi selangor (klik sini) untuk mendapat maklumat lanjut mengenai promosi program matrikulasi..

Saturday 9 April 2011

UPLOAD

bekerja pada hari sabtu...ganti untuk cuti perayaan depavali nanti...masa yang ada digunakan untuk upload gambar terkini program yang telah UBK yang jalankan...layan!!!! banyak lagi gambar yang tak sempat untuk di uploadkan lagi...harap bersabar

Thursday 7 April 2011

MATRIKULASI

lawatan ke Kolej Matrikulasi Selangor, Banting hari ini menerangkan perubahan kombinasi subjek terbaru di matrikulasi bagi tahun 2014..untuk pilihan kombinasi subjek ini, pihak UBK akan download bahan-bahan yang dibentangkan semasa taklimat tadi dalam masa terdekat untuk kesenangan para pelajar tingkatan 5...harap bersabar...

Wednesday 6 April 2011

KARNIVAL KAUNSELING KERJAYA

lame betul meeting ari nie...dari kul 8.30 - 3.15...dari mesyuarat zon sampai peringkat negeri nye program...semuanya pasal karnival kaunseling kerjaya 2011...

tahun nie gabung dengan sekolah rendah...tu la pasal jadi leceh sikit...tapi tak pa...yang penting budak dapat input yang berguna nanti...insyaallah

macam biasa dari tugas hakiki di sekolah...hinggalah peringkat zon, asyik kena jaga pasal PA sistem...dah berkarat nak fikir pasal PA sistem nie...nak kene berurusan dengan Jabatan Penerangan lagi...insyaallah harapnya dapat berjalan seperti yang dirancang...

aktiviti yang dipertandingkan :
* sketsa kerjaya
* folio kerjaya
* EAK
* melukis poster
* melukis kain rentang
* membina media maklumat
* mereka rekabentuk grafik

Tuesday 5 April 2011

MAAF

sekiranya anda semua terlewat mengisi borang kemasukan ke UPU 2011 untuk tahap kedua, peluang anda untuk memasuki IPTA pada tahun ini sudah terlepas...masa yang lama diberikan sudah cukup lama kepada anda untuk mengisi borang..pihak kementerian pengajian tinggi tidak dapat berbuat apa-apa diatas kelewatan anda mengisi borang UPU..pihak kementerian hanya akan melayan pemohon-pemohon yang telah berdaftar sahaja termasuk untuk kes-kes rayuan..walaubagaimanapun anda masih boleh mengisi borang kemasukan UPU untuk pengambilan tahun hadapan (2012)..harap bersabar..

Monday 4 April 2011

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

* optimistik
* jangan bersikap persimistik
* kesedaran memikul tanggungjawab sebagai pelajar
* tumpuan sepenuh hati
* mulakan dari awal
* sentiasa bersedia
* lengkapkan peralatan
* tepati waktu belajar
* dapatkan bantuan guru
* hormati guru
* hormati  ibu bapa @ orang yang lebih tua
* hormati rakan-rakan seperjuangan
* bersoal jawab dengan guru
* beri pandangan membina
* berbincang dengan rakan
* siapkan tugasan yang diberi
* tubuhkan kumpulan study
* sering masuk perpustakaan

* mempunyai jadual belajar
* sertai kokorikulum
* jaga keselamatan diri
* makanan seimbang
* sembahyang
* doa
* tawakkal

Saturday 2 April 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG & MESYUARAT AGONG PIBG

sekalung tahniah kepada semua pelajar diatas kecermelangan sepanjang tahun 2010..begitu juga dengan semua guru yang telah betungkus lumus mendidik anak murid tanpa mengenal erti penat dan putus asa...segala kerja keras anda selama terbalas dengan anugerah pada hari ini...tahniah!!!!

tahniah juga kepada guru-guru dan ibu bapa diatas  perlantikan sebagai kebinet baru PIBG bagi tahun 2011/2012... marilah kita bersama-sama berkerja kuat bagi menaikkan lagi prestasi anak murid tercinta...

kepada semua yang terlibat didalam menjayakan HAC dan Mesyuarat Agong PIBG terima kasih diatas segala kerjasama yang jitu didalam menjayakan majlis pada kali ini... semoga majlis seperti ini akan  dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya pada tahun akan datang...

Thursday 31 March 2011

KARNIVAL JOM MASUK U

semua bekas pelajar dan pelajar smk wangsa maju seksyen 2 terutamanya pelajar tingkatan 5 dan 6 dijemput hadir ke karnival jom masuk u pada :

                      * 2-3 APRIL 2011
                      * IOI PUTRAJAYA

jangan lepaskan peluang ini kerana inilah masa depan anda....

TAHNIAH DAN SYABAS!!!!!

syukur alhamdulillah diatas pencapaian spm dan stpm yang sangat membanggakan. tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar...kepada semua pelajar sila rujuk kempali apalikasi upu anda untuk mengemaskini pilihan kursus dan institusi yang dipilih agar ianya bersesuaian dengan tahap pencapaian kelulusan akademik.

rujuk UPU untuk perubahan kursus dan institusi pengajian
rujuk IMASCU untuk kursus dan institusi pengajian yang anda layak memohon