Sunday 24 April 2011

SOKONGAN PADU

esok pagi bertempat di SM Teknik Setapak akan berlangsung pertandingan suku akhir bola sepak bawah 18 tahun  peringkat zon keramat..SMK WM 2 akan menentang pasukan handalan bestatus sekolah sukan negeri, SSN Seri Titiwangsa...marilah kita bersama memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan sekolah untuk mencipta kejutan terbesar melakar sejarah tersendiri...insyaallah...berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain yang tidak mengenal erti kekalahan dan kekecewaan, pastinya tuah akan berpihak kepada pasukan sekolah kali ini...

terus kibarkan bendera SMK WM 2 yang gagah perkasa itue dimana anda berada sekalipun...

Friday 22 April 2011

TOLONGLAH...

berita yang kurang enak untuk di dengar...terpaksa bersaing dengan SMK DTHO dalam meminjam peralatan PA sistem dari  Jab. Penerangan untuk Karnival PPDa Zon Keramat di SMK Sek 5 WM...SMK WM2 meminjam untuk Pertandingan Nasyid manakala SMK DTHO meminjam untuk Pertandingan Dikir Barat...amat berharap kedua-dua pihak sekolah dapat berbincang supaya dapat satu jalan penyelesaian terbaik...amat berharap pihak sekolah akan dipilih kerana berdasarkan rekod peminjaman, pihak sekolah merupakan pihak pertama yang mengemukakan borang permohonan...tetapi terpulanglah pihak Jab. Penerangan untuk memilih siapa yang berhak...

daripada perbincangan dengan pihak DBKL, mereka juga tidak dapat menyediakan peralalatan PA sistem untuk tujuan tersebut...langkah penyelesaian terbaik untuk salah satu pihak adalah meminjam dari pihak swasta...tetapi  ianya memerlukan peruntukan kewangan dari pihak berwajib...

moga penyelesaian terbaik dapat diperolehi untuk membolehkan perjalanan karnival tersebut dapat berjalan lancar seperti yang dirancang...insyaallah

PANAS!!!!!

TERKINI dari SM Teknik Setapak...SMK Wangsa Maju Seksyen 2 mencipta sejarah tersendiri  apabila BERJAYA memasuki peringkat suku akhir pertandingan Bola Sepak Bawah 18 tahun setelah sudah sekian lama hanya terkandas pada peringkat kumpulan sahaja..syabas dan tahniah...undian peringkat suku akhir akan berlansung hari ini di SM Teknik Setapak...doa dan sokongan dari semua pelajar ditagih agar kemaraan bola sepak dapat diteruskan sehingga ke peringkat akhir... INSYAALLAH...

KARNIVAL AKADEMIK & MINGGU PPDa

cukup meriah...sekolah bagaikan dilanda satu pesta keramaian...pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, ceramah, pameran, kuiz dan seumpamnya dari semua panitia, PSS, Unit PPDa dan juga UBK...semuanya diadakan dengan cukup teliti oleh pihak pengurusan...hasilnya setiap pertandingan telah mendapat penyertaan yang cukup memberangsangkan sehingga guru terpaksa menghadkan penyertaan pelajar...alhamdulillah...

untuk hari ini sahaja pertandingan menghias kek dan menyanyi dalam bahasa inggeris mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua pelajar...pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru tidak henti-henti mengunjungi tapak pertandingan...

yang pastinya hadiah yang cukup lumayan akan diberikan kepada pelajar yang memenangi setiap pertandingan tersebut...

ceriakan diri anda dengan pembelajaran diluar bilik darjah...

Wednesday 20 April 2011

KERJA KURSUS

selelah banyak menerima aduan dari guru-guru matapelajaran, pihak UBK amat berharap agar semua pelajar T3 dan T5 supaya percepatkan lagi menyiapkan lagi semua kerja-kerja kursus yang tertangguh...memang betul 'kokorikulum' itu penting, tetapi anda semua harus ingat kerja kursus yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, kerugian amat besar akan bakal ditanggung...jika anda boleh menghadiri setiap petang untuk menyiapkan kerja kursus, tidak mustahil kerja kursus itu boleh disiapkan sebelum tempoh yang ditetapkan...tidak kesiankah anda melihat guru-guru yang sanggup pulang lewat petang bertungkus lumus bersama-sama membantu menyiapkan kerja kursus tetapi anda masih lagi lagi bermain-main dan  tiada fokus untuk menyiapkan kerja kursus yang telah lama diberikan...fikirkan...

cuba anda bayangkan sejenak, apa akan terjadi jika kokorikulum anda cemerlang tetapi akademik 'bermasalah'...harus diingat syarat kemasukan ke SBP dan IPTA merangkumi merangkumi 90% bagi akademik (kurikulum) manakala kokorikulum 10%..syarat kemasukan ini harus anda teliti betul-betul..

masa akan terus berlalu dan terus berlalu..masa tidak akan menunggu kita...makin lama kita bertangguh, anda akan merasai masa itu lebih cepat berlalu...

ibu bapa anda pasti akan gembira dan tersenyum lebar jika satu hari nanti anda pulang dengan keputusan yang cemerlang dari aspek akademik dan kokorikulum...

jangan biarkan masa menghimpit anda lagi....fikir dan renungkan bersama-sama

KARNINAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA ZON KERAMAT 2011

syukur alhamdulillah setelah dua hari bekersama dan berganding mahu, hasilnya majlis penutupan rasmi Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Keramat berjalan seperti yang dirancang...sistem siaraya yang di pertanggungjawabkan kepada saya dan dua lagi sababat pada hari ini amat memuaskan hati..lega rasanya bila Timbalan Pengarah dan GPK Kokorikulum SMK Seri Ampang memuji sistem bunyi kerana selalunya bermasalah semasa mana-mana majlis berlangsung...alhamdullillah semuanya berkat doa dari semua pihak terutamanya rakan-rakan dan pelajar-pelajar SMK Seri Ampang (crew pa sistem) yang banyak bertungkus lumus...

kepada sekolah rendah dan menengah zon keramat yang menang pada hari ini, tingkatkan usaha untuk pertandingan peringkat negeri pada awal bulan mei nanti...kepada yang kurang bernasib baik, anda juga pemenang dikalangan pemenang...usaha dengan lebih giat lagi pada tahun hadapan...


untuk peringkat negeri,,, sekali lagi saya diamanahkan untuk mengetuai AJK PA sistem...doakan saya sekali lagi agar majlis tersebut berlangsung dengan lebih sempurna dari hari ini...insyaallah...

jumpa lagi di SK Taman Melati pada 4-5 mei 2011...ZON KERAMAT tetap keramat

Monday 18 April 2011

URIN TEST

syukur alhamdulillah kerana seramai 37 orang pelajar yang diuji pagi tadi, tiada seorang pon yang diuji positif dari sebarang bentuk yang meragukan...saya cukup yakin dan percaya pelajar-pelajar saya tidak akan mengambil sebarang bentuk 'dadah' yang sememangnya HARAM disisi ISLAM kerana merosakkan tubuh badan luaran dan dalaman...

ingatlah!!! dadah itu hanya akan merosakkan dan bukannya boleh melepaskan segala tekanan yang ada di dalam diri anda..jauhinya dan sekali-kali jangan mencubanya kerana bukan mudah untuk mengubat dan merawatinya...jika anda sudah terlibat, dari pada temuramah yang pernah saya jalankan dengan mereka yang pernah melaluinya, memang sangat sukar dan perit untuk kita membuang tabiat ketagihan walaupun pelbagai cara yang telah dilalui...

tiada siapa yang lebih menyayangi diri anda selain dari diri ANDA sendiri...