Friday 22 April 2011

KARNIVAL AKADEMIK & MINGGU PPDa

cukup meriah...sekolah bagaikan dilanda satu pesta keramaian...pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, ceramah, pameran, kuiz dan seumpamnya dari semua panitia, PSS, Unit PPDa dan juga UBK...semuanya diadakan dengan cukup teliti oleh pihak pengurusan...hasilnya setiap pertandingan telah mendapat penyertaan yang cukup memberangsangkan sehingga guru terpaksa menghadkan penyertaan pelajar...alhamdulillah...

untuk hari ini sahaja pertandingan menghias kek dan menyanyi dalam bahasa inggeris mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua pelajar...pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru tidak henti-henti mengunjungi tapak pertandingan...

yang pastinya hadiah yang cukup lumayan akan diberikan kepada pelajar yang memenangi setiap pertandingan tersebut...

ceriakan diri anda dengan pembelajaran diluar bilik darjah...

No comments:

Post a Comment